Friday 12 July 2013

Menulis adalah suatu IBADAH



Setiap orang yang pernah ke sekolah pasti ada kemahiran asas membaca, melukis dan menulis. Namun, tidak ramai yang nampak potensi kemahiran asas seperti ini boleh dikembangkan menjadi sesuatu perkara yang besar manfaatnya kepada semua lapisan masyarakat.

Kebanyakan,kemahiran menulis yang digunakan untuk memenuhi suatu KEPERLUAN dalam pengajian.pelajaran di tadika, sekolah dan universiti.Untuk mencapai tahap untuk menjadikan menulis sebagai suatu KOMITMEN, ia sangat memerlukan mujahadah yang tinggi. Cabaran yang terbesar sebenarnya adalah diri sendiri. Dalaman diri perlu KUAT untuk menjadikan menulis sebagai suatu komitmen yang penting untuk dimanfaatkan kepada masyarakat.

Penulis sendiri perlu membina diri untuk menjadi  ' Torchbearer For The Ummah'. Proses pembinaan diri perlulah bermula dengan hati yang bersih dan niat yang betul serta jelas matlmatnya. Kesamaran matlamat dalam menulis bisa membantutkan proses kelancaran menulis. Menulis juga bisa menjadi suatu ibadah di sisi-Nya jika betul niat dan menepati syarak.


Dengan pengalaman pernah berguru dengan Ustaz Muhadir dalam kelas talaqqi ketika belajar CFS UIAM, saya mula menggarap tips dan pesan Ustaz Muhadir dengan perlahan-lahan. Walaupun berada jauh, saya terus mengikuti program bersama Ustaz Muhadir di radio ikim dan facebook group Majlis Taalim An-Nur.

Di sini, saya ingin kongsikan beberapa amalan yang dilakukan oleh Ustaz Muhadir ketika menulis. Dengan berpegang pada tuan gurunya, Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki, antara amalan yang dilakukan oleh beliau adalah : 
1. Dalam keadaan berwuduk.
2. Menutup aurat.
3.  Apabila merujuk kitab, baca al-Fatihah sebanyak 7 kali dengan niat menyedekahkan pahala setiap bacaan itu kepada Nabi SAW, para Sahabat, para wali Allah, para ulama, tuan guru, ibu bapa dan akhir sekali kepada tuan punya kitab (pengarang kitab).
4. Amanah dengan ilmu


Niat memainkan peranan penting dalam menulis. Tekadkan dalam hati untuk menulis kerana Allah untuk menyebarkan debunga bahagia dan kebaikan ibarat sang rama-rama terbang daripada satu bunga ke satu bunga. Jadilah penulis yang menyampaikan kebenaran dan membentuk fikrah yang baik dalam minda masyarakat. Seterusnya, mengukir peradaban dan  merintis suatu ketamadunan  melalui tulisan.



Sumber untuk penulisan kali ini : Artikel Amanah dengan ilmu oleh Zakaria Sungib dalam blognya )




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...