Sunday 21 October 2012

I-Fikr Thinker


Bismillahrahmanirrahim

Just want to share.

 To be an i-Fikr Thinker, we must be correlate the both area of Fiqh and Science. The correlation between both can lead another branch of innovation. Innovation is also a part of entrepreneurship skills to be build up.

We got an problem to be solve, then we correlate the both area( Fiqh + Science) to create new innovate products that are according to Syariat that can lead us to a way to Jannah. More explainations will describe further next time and keep touch in being an proactive i-Fikr.

Jom checklist Relationship with Allah

(Boleh save- tekan button right click)

Kredit : FB Janji Allah itu pasti.

Monday 13 August 2012

Puisi#1 : Keheningan Malam

Keheningan Malam
seorang hamba merebahkan diri bersujud
di bumi sejadah
menghadap Illahi
mengalir butir-butir mutiara
di kala mengenangkan pekatnya dosa-dosa masa lalu

Keheningan Malam
Dikau dahulu hanyut dibawa arus duniawi
Dikau dahulu menongkah corong telingamu
di kala dihujani butir-butir nasihat ibu bapamu
Dikau dahulu terumbang-ambing di tengah jalan
Dikau dahulu pernah bertenggek di lembah maksiat

Keheningan Malam
Di kala angin sutera malam bertiup kencang
Menyengat tulang sumsummu
Dikau masih sanggup meredah kegelapan malam
semata-mata untuk mencari keseronokan dunia
Dikau menekan minyak motor supermu
merempit di tengah malam gelap gelita
tanpa memikirkan betapa bernilainya nyawamu

Keheningan Malam
Tatkala mimpi datang menyapa
Dikau sebaliknya menuju ke lembah durjana
dikau dikelilingi pelukan hawa nafsu
mengheretmu ke taman neraka
yang menabur benih-benih dosa
dalam detik-detik hidupmu 
di alam fana ini

Keheningan Malam
Dikau ditewaskan angin derita yang menghembus hidupmu
Dulu abang-abangmu menegur dinding rumah pemulihan
Kini dikau pula menegur dinding rumah pemulihan

Keheningan Malam
Bila angin derita mula bertaut di lembah kehidupanmu
Barulah dikau menyesali 
segala amal burukmu di masa mudamu
Kini dikau insaf mengharap secebis kasih Tuhan.

Hasil Nukilan
-Arifah Zin-
Karya dinukilkan sewaktu Tingkatan 3 untuk Pertandingan Sajak/Puisi di SMK Sultan Sulaiman tahun 2007.

Wednesday 1 August 2012

Collection2share :Usah biarkan dirimu dari ditimpa sifat Al-Ghurur


Ramai orang beriman, apabila lemah imannya diserang pula dengan penyakit rasa hebat diri sehingga dia melupakan campur tangan Allah dalam melindung dirinya daripada kesilapan. Lalu, mula meremehkan orang lain dan semakin gelap matanya melihat hatinya sendiri, dia tidak nampak sebarang noktah hitam pun dalam hatinya. Maka itulah penyakit Al Ghurur, penyakit yang juga bakal menimpa para amilin. Oleh yang demikian para amilin adalah berkewajipan berusaha dengan bersunguh-sungguh membebaskan diri dari penyakit ini.
Pengertian Al Ghurur

Dari sudut bahasa Al Ghurur mempunyai makna yang berbagai, di antara maknanya yang penting ialah:
i)  Al Khida' (penipuan) sama ada penipuan ini dilakukan ke atas diri sendiri atau pun ke atas diri orang lain. Firman Allah Taala bermaksud :

"Dan tidak ada yang dijanjikan oleh syaitan kepada mereka melainkan tipuan belaka". (Al Isra':64)

ii) Perlakuan yang boleh membawa kepada Al Ghurur atau terjerumus ke dalamnya. Mengikut Imam Al Jawhari, "Al Ghurur ialah seseorang yang tertipu dengan kebendaan dunia". Hal ini seperti yang difirmankan Allah, bermaksud :

"Wahai manusia sesungguhnya janji Allah adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh kemewahan hidup dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar penipu berpeluang menyebabkan terpedaya dengan kemurahan Allah". (Al Fatir:5)

Pengertian Al Ghurur Dari Sudut Istilah

Makna Al Ghurur dari segi istilah para dai'e dan amilin ialah kekaguman seseorang amilin dengan diri sendiri sehingga mendorongnya ke tahap menghina dan memperkecil-kecilkan setiap apa yang diusahakan oleh orang lain yang menyerupai apa yang ia sedang lakukan. Sungguhpun demikian, sikapnya itu tidaklah sampai ke tahap memperlekehkan peribadi saingannya atau merendah-rendahkan peribadi mereka.

Sudah tidak syak lagi sesiapa sahaja yang terlibat dengan sikap ini dia sebenarnya telah tertipu. Ekoran dari pentakrifan yang dinyatakan di atas dapatlah difahami tentang hubungkait di antara makna Al Ghurur dari segi bahasa dan maknanya dari segi istilah.

Sebab-Sebab Berlakunya Al Ghurur

Oleh kerana Al Ghurur merupakan tahap yang paling tinggi Al I'jab bil Nafsi, maka sudah semestinya sebab-sebab yang mendorong seseorang itu bersikap demikian samalah atau lebih sedikit dengan sebab-sebab yang mendorong kepada perlakuan Al I'jab bil Nafsi.

Di Antara Sebab-Sebabnya:-

1) Lalai untuk mengkaji dan muhasabah diri sendiri

Kadangkala sebab yang menjadikan seseorang itu ditimpa Al Ghurur adalah berpunca dari keabaiannya untuk mengkaji dan melakukan muhasabah ke atas diri sendiri. Terdapat sebahagian dari para amilin yang diuji dengan penyakit ini. Oleh kerana kelalaiannya untuk mengkaji dan memuhasabahkan diri, maka penyakit tadi telah menguasai dirinya. Pada masa itu, ia akan terus mengambil pendirian untuk memperlekeh dan memperkecilkan usaha orang lain yang menyerupai dengan usaha yang dilakukannya. Dengan mengambil sikap yang sedemikian ia sudah dikira maghrur atau tertipu dengan dirinya sendiri.

Kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa memperingati agar setiap diri hendaklah sentiasa dikaji dan dimuhasabah sepanjang masa. Firman Allah bermaksud :
"Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan setiap diri hendaklah melihat apa yang ia sediakan untuk hari esok (akhirat) dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnva Allah begitu arif dengan apa yang kamu lakukan". (Al Hasyr:18)

2) Lalai atau enggan menerima bimbingan orang lain

Perkara ini berlaku disebabkan sebahagian dari para amilin yang dihinggapi penyakit Al I'jab bil Nafsi adalah mereka yang lemah jiwanva. dan singkat pula pandangannya, sehinggakan ia tidak berupaya untuk membersihkan penyakit buruk ini dari dirinya. Untuk itu ia perlu mempelajari dari orang lain dan memerlukan mereka agar sentiasa berada bersama-sama dengannya dan ia hendaklah bergantung kepada bimbingan mereka.
Penyakit al Ghurur yang menimpa seseorang itu kadangkalanya tidak disedari oleh orang lain. Oleh kerana itu, tidak mungkin bagi mereka untuk memainkan peranan dan menunaikan tugas terhadap rakannya yang malang itu. Dengan keadaan yang demikian penyakit Al Ghurur tadi akan terus menguasai dirinya Dengan berlalunya masa orang tadi akan bertukar sikapnya kepada perlakuan Al Ghurur.

Kemungkinan di sinilah rahsianya tentang penegasan dan galakan Islam agar sentiasa beramal dengan konsep nasihat menasihati sehingga agama menjadikan nasihat sebagai bingkai ajarannya. Nabi S.A.W bersabda, bermaksud :

"Agama itu nasihat. Kami berkata untuk siapa? Baginda bersabda untuk Allah, untuk kitabNya, untuk RasulNya, untuk pimpinan Muslim dan untuk orang awam di kalangan mereka".

Kemungkinan di sini juga rahsianya seruan Islam kepada solidariti dan bekerjasama di kalangan orang-orang Islam. Firman Allah bermaksud :

"Dan tolong menolonglah kamu untuk kebaikan dan ketakwaan". (Al Maidah:2)

Sabda Nabi SAW bermaksud :

"Seseorang Mukmin itu adalah cermin bagi seseorang Mukmin. Dan seseorang Mukmin itu adalah saudara bagi seseorang Mukmin di mana ia menjaga saudaranya dari kehilangan dan melindungi saudaranya dari belakang".

3) Tasydid atau keterlaluan dalam agama

Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah kerana begitu tasydid atau keterlaluan dalam menghayati ajaran agama. Terdapat sebahagian para amilin yang melibatkan diri di jalan Allah begitu tasydid dan keterlaluan. Selepas beberapa ketika ia mula menyedari bahawa para amilin lain di sekelilingnya memilih jalan sederhana dalam penglibatan mereka di jalan Allah. Oleh kerana kejahilannya atau kegagalannya memahami tabiat atau nature agama ini maka ia mula beranggapan mereka tadi tidak begitu serius atau menggalas tugas di jalan Allah.

Anggapan ini terus memutik di dalam dirinya sehinggalah sampai ke tahap memperlekeh dan mengecil-ngecilkan usaha vang dilakukan oleh rakan-rakannya dibandingkan dengan apa yang ia lakukan. Sifat yang demikian adalah dikira sebagai Al Ghurur.

Dan di sinilah sebahagian dari rahsia kenapa Islam mendesak kepada kesederhanaan bahkan melarang dari keterlaluan di dalam agama. Nabi SAW pernah berkata kepada sekumpulan Para Sahabat yang bercadang untuk menumpukan pengabdian diri kepada Allah semata-mata dan meninggalkan penghidupan dunia dengan sabdanya, bermaksud :

"Kamukah yang berkata demikian dan demikian? Demi Allah aku yang paling takut dan paling bertakwa kepadanya. Tetapi bagi aku sendiri aku berpuasa dan aku berbuka. dan aku bersembahyang dan aku tidur, dan aku juga mengahwini perempuan, maka sesiapa yang tidak mengikuti jalan aku dia bukanlah dari kalangan aku".

Dalam hadis yang lain pula baginda SAW bersabda, bermaksud :

"Binasalah golongan yang melampau". (Katanya itu diulangi sebanyak tiga kali), yang dimaksudkan dengan al mutanatti'un ialah mereka yang melebihi had atau keterlaluan dalam perkataan dan perbuatannya. Nabi SAW seterusnya memberi amaran agar tidak keterlaluan di dalam menunaikan amanaha agama di mana Baginda bersabda, bermaksud :

"Hendaklah kamu mengelakkan diri dari keterlaluan di dalam agama sesungguhnya kaum-kaum yang sebelum kamu telah binasa adalah kerana keterlaluan mereka di dalam agama".

Dalam satu hadis yang lain pula Baginda bersabda, bermaksud :

"Sesungguhnya agama itu mudah sesiapa yang tasydid atau melampau di dalam agama maka ia akan dikalahkan oleh sifat tasydid dan pelampaunya itu, maka hendaklah kamu perbetulkan. Hampirkan dan gembirakan tentang pahala (yang akan diperolehi kerana amal yang berterusan)".

4) Keterlaluan melakukan pengkajian ilmu agama

Terutamanya perbincangan mengenai masalah-masalah yang pelik dan ganjil dalam masa yang sama mengabaikan tugas utama. Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari keghairahan mendalami dan memperincikan sesuatu ilmu terutamanya yang melibatkan perbincangan ke atas masalah atau persoalan yang pelik-pelik pada hal tugas yang perlu dilakukan telah diabaikan.

Dalam masa ia menumpukan kajiannya ke atas masalah-masalah tadi, ia mendapati rakan-rakan para amilin tidak begitu memberi perhatian kepada perkara yang ditumpukannya, atau kalau sekalipun mereka memberi perhatian, mereka tidaklah begitu sangat untuk mendalaminya. Sebenarnya sikap kurang perhatian rakan-rakan tadi terhadap perkara tersebut adalah berpunca dari dua sebab.

Pertama: Ia bukan merupakan persoalan pokok yang boleh memudaratkan kalau tidak didalami.
Kedua: Perkara tersebut tidak mungkin diamal atau dilaksanakan.

Dengan yang demikian akan terlintaslah di kepalanya bahawa rakan-rakannya tidak mampu atau berkebolehan untuk menguasai masalah-masalah ilmu seperti yang ia kuasai, atau kalau pun ada yang dapat menguasai dan mendalaminya. Keupayaan mereka tidaklah setara mana jika dibandingkan keupayaan yang ada padanya tentang masalah-masalah yang pelik-pelik dari ganjil tadi.

Pandangan dan sikap yang sedemikian akan terus bermain dan mencengkam pemikirannya. Akhirnya ia akan mengambil sikap merendah dan memperkecilkan kebolehan orang lain jika dibandingkan dengan apa yang ada padanya. Sikap yang sedemikian dinamakan penyakit Al Ghurur.

Kemungkinan di sinilah rahsia kenapa Islam menuntut supaya sentiasa berusaha mencari ilmu yang bermanfaat dan dimanfaatkan. Di antara doa' Nabi SAW di dalam perkara ini ialah, bermaksud :

"Ya Allah, sesungguhnya aku pohon perlindungan dengan Engkau dari ilmu yang tidak bermanfaat dari hati yang tidak khusyu' dari nafsu yang tidak kenyang dan dari doa yang tidak diperkenankan".

Bahkan Allah telah menegaskan tentang ilmu diiringi dengan amal, kalau tidak ia menuju kepada kebinasaan, Allah berfirman yang bermaksud :

"Wahai orang-orang yang beriman kenapakah kamu kata apa yang kamu tidak lakukan. Besarlah kemurkaan di sisi Allah bahawa kamu berkata tentang apa yang kamu tidak lakukan". (As Saf:2-3)

Firman Allah bermaksud :

"Adakah kamu menyuruh manusia untuk melakukan kebajikan dan kamu melupai diri kamu sendiri pada hal kamu membaca al kitab. Apakah tidak kamu berfikir". (Al Baqarah:44)

Nabi bersabda, bermaksud :

"Akan diheret seorang lelaki pada hari kiamat lalu dilontarkannya ke dalam api neraka, isi perutnya terburai keluar dan dijilat api neraka, dia terus berlegar di dalam neraka seperti berlegarnya keldai di tempat kisaran, lalu penghuni neraka berkumpul melihatnya dan bertanya, "wahai saudara apakah kesalahan engkau? bukankah dulu engkau menyuruh kami melakukan yang makruf dan melarang kami dari melakukan kemungkaran." Ia menjawab: "Aku dulunya menyuruh kamu melakukan makruf tetapi aku sendiri tidak melakukannya, dan aku melarang kamu dari melakukan kemungkaran tetapi aku sendiri rang melakukannya".

5) Menumpukan kepada ketaatan dengan membiarkan kemungkaran dan kejahatan berluasa

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari penumpuan kepada ketaatan dengan membiarkan atau melupai segala bentuk maksiat dan kejahatan yang wujud. Apa yang perlu diingat, bahawa kita semua adalah manusia. dan keadaan manusia pula (kecuali para Anbia') ada yang betul dan ada yang salah.
Apabila hakikat ini dilupai, maka dalam banyak keadaan para amilin akan memberi tumpuan kepada ketaatan dan perkara-perkara yang betul sahaja. Dalam masa yang sama mereka melupai untuk mengatasi kemaksiatan dan kesalahan yang wujud. Sikap yang demikian menjadikan mereka bersifat al Ijab bil Nafsi di samping mereka akan merendah-rendahkan rakan-rakan lain yang terlibat dan berusaha untuk mengatasi kemaksiatan tadi. Sikap yang demikianlah dinamakan Al Ghurur.

Allah S.W.T. di dalam firmannya telah menarik perhatian tentang perkara ini di mana Allah memuji sebahagian dari golongan yang beriman yang menunaikan ketaatan dan dalam masa yang sama takut dan bimbang kalau-kalau apa yang mereka lakukan akan terhalang untuk diterima oleh Allah.

Firman Allah bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada Tuhan mereka, dan orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka dan orang-orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka, merekalah orang yang mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya". (Al Mukminun:57-61)

Berkaitan dengan ayat ini Saidatina Aishah RA berkata, sebagaimana maksudnya :

Aku berkata: "Ya Rasullullah S.A.W dan orang yang memberi akan apa yang mereka berikan sedangkan hati mereka gerun gementar pada hal ia mencuri, berzina dan meminum arak adakah ia takut kepada Allah?" Baginda menjawab: "Tida wahai anak perempuan al-Siddiq, tetapi sebenarnya orang yang bersembahyang, berpuasa, bersedekah (berzakat) itulah  orang yang takut kepada Allah. "

Nabi S.A.W juga menarik perhatian di mana Baginda menyeru agar setiap perbuatan yang telah sempurna dilakukan hendaklah diserahkan kepada kurniaan dan rahmat Allah, dan jangan sekali kali bergantung kepada perbuatan yang dilakukan itu. kiranya ini tidak diamalkan maka ianya dikira sebagai al Ghurur. Maka lantaran itulah Nabi SAW bersabda, bermaksud :

"Tidak mungkin sesuatu amal atau perbuatan dapat menyelamatkan salah seorang dari kamu. Mereka berkata: "Sekalipun kamu wahai Rasul S.A.W? Baginda menjawab: "Ya sekalipun aku. Cuma aku ini dilindungi Allah dengan rahmatNya. Maka hendaklah kamu perbetulkan, hampirkan (dengan Allah) dan (beribdatlah kamu) di pagi, petang dan sebahagian dari malam. Dan teruskanlah beriltizam secara sederhana nescaya kamu akan mendapat keredhaan Allah".

Dalam konteks ini Abdullah bin Mas'ud dalam penghuraiannya berhubung dengan kesan mengingati dosa dan lupa tentang dosa yang merupakan perangai manusia mengatakan, bermaksud:

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu apabila ia melihat dosanya ia merasai seolah-olah ia sedang duduk di bawah bukit dan merasai takut kalau-kalau bukit itu menimpanya. Manakala orang yang jahat pula melihat dosanya tidak lebih dari seekor lalat yang terbang melintasi hidungnya". (Kemudian dia - Ibn Mas'ud - berkata beginilah dengan mengibas tangannya).

6) Condong kepada dunia

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap terlalu condong kepada dunia. Terdapat setengah para amilin menyedari yang ianya diuji dengan penyakit al I'jab bil Nafsi, tetapi oleh kerana kecenderungannya kepada dunia begitu kuat di samping ia sudah tenggelam di dalamnya atau kemungkinan juga dirinya dikuasai oleh rasa malas, maka ia sudah tidak mampu lagi untuk mengumpul segala hasrat dan daya bagi mengubati dirinya tadi.
Bahkan ia cuba mengambil sikap berlenggah-lenggah dan tidak melakukan taubat dengan segera. Dengan berlalunya masa sikap Al I'jab bil Nafsi mula bertukar menjadi penyakit yang serius dan kronik. Yang demikian itulah dinamakan al Ghurur.

Sebab-sebab yang boleh membawa kepada Al I'jab bil Nafsi telah diperingati oleh al Quran melalui kecamannya tentang dunia dan amaran mengenainya apabila manusia mengambil sikap menjadikan dunia sebagai sasaran dan matlamat hidup.

Firman Allah bermaksud :

"Ketahuilah sesungguhnya (yang dikatakan) penghidupan dunia itu tidak lain melainkan permainan dan hiburan (yang melalaikan), serta hiasan, juga bermegah-megah di antara kamu, serta berlumba-lumba membanyakkan harta dan anak pinak, samalah seperti hujan (menumbuhkan tanaman menghijai subur) yang menjadikan orang kafir (penanam) suka dan tertarik hati kepada kesuburannya, kemudian tanaman itu berubah segera (ke suatu masa tertentu) selepas itu engkau melihatnya berupa kuning, akhirnya ia menjadi hancur berkecai". (Al Hadid:21)

Firman-Nya lagi bermaksud :

"Dan kemukakan kepada mereka misal perbandingan kehidupan dunia ini samalah seperti air yang kami turunkan dari langit lalu bercampur-baurlah tanaman di bumi antara satu dengan lain disebabkan air tadi, kemudian ia menjadi kering hancur ditiup angin. Dan Allah amat berkuasa atas tiap sesuatu". (Al Kahfi:45)

Firman-Nya lagi bermaksud :

"Sesungguhnya orang yang tidak menaruh harapan akan berjumpa kami (pada hari akhirat) dan mereka yang telah berpuas hati dengan kehidupan dunia semata-mata serta merasa tenang tenteram dengannya dan orang-orang yang tidak mengindahkan ayat-ayat (keterangan dan tanda-tanda kekuasaan) kami. Orang yang demikian keadaannya (di dunia) tempat kediaman mereka (di akhirat) ialah Neraka hasil dari apa yang mereka lakukan (keengkaran dan kederhakaan)". (Yunus:7-8)

Manakala Nabi SAW bersabda, bermaksud :

"Binasalah hamba dinar dan hamba dirham juga hamba selimut (tidur). la berpuas hati apabila diberi dan marah apabila tidak diberi. Binasalah dan kecundanglah, dan apabila ia berada dalam kesulitan ia tidak mengambil kisah. Berbahagialah bagi hamba yang memegang kengkang kudanya berperang pada jalan Allah, dengan keadaan rambutnya yang kusut dan kakinya yang penuh debu. Apabila ia ditugaskan mengawal maka ia akan berkawal dan apabila ia ditempatkan di barisan belakang ia terus berada di barisan belakang. Dan apabila ia meminta keizinan, keizinan tidak diberi. Dan apabila ia memohon syafaat (memohon untuk kebaikan) kebaikan tidak akan diberi".

Dalam menghargai kumpulan ini terdapat ketikanva di mana Rasullullah S.A.W sebelum meninggalkan dari sesuatu majlis baginda akan membaca doa berikut untuk mereka.

Doa Baginda SAW berbunyi :

"Ya Tuhan kami anugerahlah kepada kami perasaan takut kepada Engkau yang menjadikannya sebagai penghalang di antara kami dan kemaksiatan terhadap Engkau. Dan anugerahlah kepada kami ketaatan kepada Engkau yang dengannya membolehkan kami sampai ke syurga Engkau. Dan anugerahlah kepada kami keyakinan yang tidak mengundah-gulanakan kami apabila ditimpa keburukan dunia dan anugerahkanlah kepada kami kenikmatan melalui pendengaran, penglihatan dan kekuatan kami selagi mana engkau memberi kehidupan kepada kami dan jadikannya sebagai waris dari kami (saksi apa yang kami lakukan). Dan jadikanlah tuntutan pembelaan kami ke atas mereka yang menzalimi kami dan berilah kemenangan kepada kami ke atas mereka yang memusuhi kami. Dan janganlah bencana kami menjejas ke atas agama kami. Dan janganlah jadikan dunia sebagai perkara yang besar dan utama dalam pemikiran kami dan janganlah jadikannya sebagai matlamat pengetahuan kami. Dan janganlah kami dikuasai oleh mereka yang tidak punya belas kasihan ke atas kami".

Golongan salaf terdahulu begitu sedar tentang punca yang boleh mengheret mereka kepada dunia, dan betapa selesanva seseorang itu dengan keduniaan, Oleh itu, mereka sentiasa cuba mengelak diri dari terperangkap dengan dunia. mereka hanya mengambil faedah dunia sekadar bekalan untuk akhirat. Dan inilah yang sentiasa mereka perkatakan. Saidina Ali r.a pernah berkata :

"Pengembaraan dunia mengorak ke belakang, pengembaraan akhirat melonjak ke depan. Dunia dan akhirat mempunyai anak-anak. Jadikanlah diri kamu sebagai anak akhirat dan janganlah jadikan diri kamu sebagai anak dunia. Sesungguhnya hari ini amalan tanpa hisab, tetapi esok (akhirat) hisab tanpa amalan".

Manakala Hasan RA berkata :

"Berlumbalah kamu dengan orang yang berlumba tentang agama kamu, dan janganlah kamu berlumba dengan orang yang berlumba tentang dunia kamu, maka lontarlah dunia itu ke atas tengkoknya".

Realiti dan kepekaan demikian turut digambarkan oleh penyair seperti berikut :

"Sesungguhnya bagi Allah hamba yang bijak dan berhemah. 
Dunia mereka lepaskan kerana bimbangkan fitnah. 
Mereka melihat pada dunia dan apabila mengenali la ternyata bukan tempat mereka untuk hidup di dalamnya. 
Mereka jadikan dunia sebagai lautan seluas-luasnya dan menjadikan amal soleh sebagai kapal mengharunginya".

7) Melihat sudut-sudut tertentu perlakuan golongan contoh dan tidak melihat sudut Iain yang sepatutnya

Punca berlakunva Al Ghurur. kadangkala berdasarkan pemerhatian tentang apa yang dilakukan oleh golongan contoh pada sudut-sudut tertentu tanpa melihat perlakuan yang dilakukan oleh mereka secara keseluruhan.

Terdapat sebahagian golongan contoh di mana dalam keadaan tertentu mengenepi atau meninggalkan sesuatu perbuatan yang sepatutnya mereka lakukan umpamanya mereka terus beramal dengan asas al Rukhsah pada kebanyakan waktu dan sedikit sahaja mereka menggunakan al Azimah di dalam amalan mereka. Pada setensah-setengah masa Perbuatan yang dilakukan itu mungkin diperhati oleh pengikut mereka.
Oleh kerana kurangnya kefahaman ilmu fiqh. di samping pentarbiahan yang agak kurang sempurna. Para pengikut tadi akan merasai bahawa amalan yang dilakukan oleh golongan contoh berada di berapa tahap yang rendah dari diri mereka.

Perasaan dan sangkaan sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ia bertukar (wali'yazubiLlah) kepada perasaan al ijab bil Nafsi yang kemudiannya diekori pula dengan perasaan al Ghurur.

Maka kemungkinan di sinilah rahsianya kenapa Islam sentiasa mengarahkan agar kita sentiasa mengelakkan diri dari sasaran tohmah. apabila kita menerangkan kebenaran yang berkaitan dengan amalan atau perbuatan-perbuatan yang harus, di mana ianya memungkinkan kepada timbulnya rasa buruk sangka.

[Huraian] 

Al Azimah; Menunaikan fardhu mengikut hukum asal seperti yang ditetapkan oleh syara' seperti sembahyang zohor empat rakaat dan berpuasa Ramadhan semasa dalam pengembaraan.

Rukhsah; Menunaikan  fardhu tidak mengikut penetapan hukum asal syara' sembahyang zohor dua rakaat (qasar) dan tidak berpuasa semasa pengembaraan.

Dalam satu hadis Baginda berbunyi :

Yazid bin Al-Aswad telah bersembahyang dengan Nabi SAW pada masa itu beliau adalah seorang remaja. Apabila selesai sembahyang ia mendapati ada dua orang yang tidak turut sembahyang sedang duduk di penjuru masjid. Lantas baginda memanggil kedua-duanya. Kedua-dua mereka datang kepada baginda dalam keadaan menggeletar urat sendi mereka. Rasulullah bersabda: "Apakah yang menghalang kamu berdua dari turut sembahyang bersama-sama kami". Kedua-duanya menjawab: "Kami telah pun menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanan". Rasulullah bersabda: "Kamu jangan buat begitu, apabila salah seorang dari kamu telah menunaikan sembahyang semasa dalam perjalanannya kemudian dia mendapati Imam (Imam, sembahyang) dan dia (iman) belum sembahyang lagi maka hendaklah ia bersembahyang bersama Imam, kerana yang demikian itu adalah sunat".

Ibnu Daqiq al 'Aid berkata yang bermaksud :

"Berjaga-jaga dari semua perkara yang boleh membawa kepada tohmahan merupakan kepastian ke atas ulama dan orang-orang yang diikuti. Maka adalah tidak harus bagi mereka melakukan sesuatu perbuatan yang semestinya boleh menimbulkan sangkaan tidak baik ke atas diri mereka. Sekalipun mereka ada alasan dalam melakukannya. Perbuatan ini merupakan sebab yang boleh menghakiskan keyakinan orang ramai mengambil faedah dari ilmu mereka. Mereka berkata: "Sesungguhnya para hakim hendaklah menyatakan alasan hukum yang dikenakan ke atas tertuduh sekiranya alasan tadi tidak diketahui oleh tertuduh." Tindakan ini merupakan sebahagian dari tajuk penafian tohmah dalam perkara kezaliman, dalam memberi penghukuman".

8) Keterlaluan setengah amilin dalam menyembunyi amalan yang mereka lakukan

Kadangkalanya sebab yang membawa kepada Al Ghurur ialah berpunca dari sikap keterlaluan dalam menyembunyikan amalan-amalan baik yang dilakukan. Terdapat sebahagian para amilin yang begitu bercermat dan berjaga-jaga dalam usaha mereka merealisasikan ke atas sesuatu amalan. Sehinggakan mereka begitu keterlaluan menyembunyikan semua amalan baik yang mereka lakukannya, kalau ada pun, mereka begitu sedikit menzahirkan apa yang mereka lakukan.

Perbuatan mereka tadi memungkinkan golongan yang tidak matang dan kurang pula pentarbiahannya memerhati dan menilai tentang kebaikan sedikit yang dizahirkan itu. Pada masa itu golongan yang kurang pentarbiahannya akan merasai dan menganggap bahawa apa yang dilakukan oleh golongan tadi begitu kecil jika dibandingkan dengan apa mereka lakukan. Perasaan sedemikian akan terus menghantui dan berkembang subur di dalam pemikiran mereka. Sehinggalah akhirnva mereka terjebak ke dalam penyakit al I'jab bil Nafsi dan kemudiannya diekori pula dengan penyakit Al Ghurur.

Dan kemungkinan di sinilah kenapa Islam menggesa agar mendedahkan amal-amal soleh kepada orang ramai. Selain dari menggalakkan mereka melakukannya, ia juga sebagai isyarat tentang kemungkinan berlakunya anggapan negatif di samping sebagai pertunjuk kepada jalan penyelesaian. Allah berfirman bermaksud :

"Kalau kamu zahirkan sedekah-sedekah itu, maka yang demikian adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah-sedekah itu dan kamu memberikannya kepada orang-orang fakir miskin itu adalah lebih baik bagi kamu dan Allah akan menghapuskan daripada kamu sebahagian dari kesalahan-kesalahan kamu". (Al Baqarah:271)

Nabi SAW bersabda :

"Sembahyang jamaah melebihi sembahyang berseorangan sebanyak dua puluh tujuh darjat".

Sabda Baginda lagi bermaksud :

"Sesiapa yang melakukan kebaikan di dalam Islam maka ia memperolehi ganjarannya, juga ganjaran orang yang melakukannya selepas itu tanpa kurang sedikit pun dari pahala yang mereka perolehi".

9) Diskriminasi sebahagian golongan contoh ke atas para pengikut

Kadangkala sebab yang membawa kepada Al Ghurur adalah berpunca dari tindakan golongan contoh mengamalkan diskriminasi dalam berintraksi dengan para pengikut.
Kadangkala golongan contoh gagal membuat perkiraan tentang pendekatan yang sesuai dalam berintraksi dengan para pengikut atau anak buahnya. Kita boleh lihat kadangkalanya mereka begitu rapat dengan sebahagian para pengikut dan membuka hati dengan seluas-luasnya kepada mereka bahkan mereka sanggup memejamkan mata tentang kesilapan yang dilakukan oleh anak buahnya itu. Pada hal, dalam masa yang sama mereka tidak memberi muka langsung kepada sebahagian lagi para pengikut dan tangan juga tidak dibuka kepada mereka.

Para golongan contoh juga akan membuka mata mereka seluas-luasnya di atas apa saja kesilapan kecil yang dilakukan oleh golongan ini. Sikap demikian sudah pasti memberi kesan negatif di mana kemungkinan golongan yang diberi muka adalah mereka yang belum sempurna pentarbiahannya, dan tidak punya kematangan peribadi. Mereka akan merasai bahawa layanan istimewa yang diberi kepadanya jika dibandingkan dengan orang lain adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kebolehan dan keupayaan yang mereka miliki dan ianya pula tidak ada pada orang lain.

Anggapan yang sedemikian akan terus bermain dipemikiran mereka sehinggalah ianya menjadi al I'jab bil Nafsi dan diekori kemudiannva dengan sifat al Ghurur.
Menyedari perkara ini Nabi S.A.W telah menutup pintu ke arah itu di mana baginda telah memberi layanan yang sama kepada semua para sahabat dalam mengadakan hubungan dengan mereka. Diantara tindakan Nabi SAW seperti yang digambarkan oleh sahabat ialah :

Bahawa Baginda memberi hak yang sepatutnya kepada setiap mereka yang menjadi tetamu dan tetamu tidak merasai bahawa orang lain lebih mulia daripadanya. Terdapat juga ketika tertentu di mana Nabi SAW terpaksa melakukan diskriminasi dalam melayani mereka. Orang-orang yang bersama dengannya tidak memahami rahsia di sebalik perbuatan Baginda itu, dan Nabi SAW telah menerangkan secara jelas kenapa Baginda berbuat demikian.

Saad Ibn Waqqas menceritakan :

Rasullullah SAW telah memberi pemberian kepada satu kumpulan, pada masa itu aku berada di situ. Nabi SAW tidak memberi kepada seorang lelaki yang datang bersama mereka, pada hal aku begitu tertarik dengan lelaki tadi. Aku berkata wahai Rasullullah SAW kenapa engkau tidak beri kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang beriman, Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Maka aku terdiam sejenak. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki tadi dan aku ulangi lagi pertanyaanku. Aku berkata kenapa engkau tidak memberi kepada orang itu. Demi Allah aku melihatnya seorang yang Mukmin. Maka Nabi SAW berkata: Atau dia hanya seorang Muslim. Kemudian aku masih yakin tentang lelaki itu, maka aku ulangi lagi soalanku dan Nabi SAW juga memberi jawapan yang sama. Maka barulah Baginda bersabda : Wahai Saad aku memberi (sesuatu) kepada seorang lelaki. Dan yang lainnya aku lebih sayang dari lelaki tadi aku takut Allah akan menyembamkannya ke dalam neraka. - TARBAWI

SharingKnowledge#3:Seminar Law of Universal Attraction

Perkongsian Ilmu dari Sahabat i-Fikr 2012,Afifah Abdul Malek

Seminar Law of Universal Attraction
(Dr. Zulkifli Al-Bakri)
-Siapakah insan yg dikasihi Allah?
*iaitu org yang hebat..Siapakah org yg hebat?
*org yg hebat ialah org yg xpernah menyerah kalah walaupun keadaannya kritikal
-jika betul cara dan betul teori,insyaAllah blh berjaya
-kelebihan org yg berjaya adlh melalui masanya yang berkualiti
*xguna kalau masa bnyak tp xberkualiti
-Terdapat 4 jenis akal 
1.Akal biasa-org yg membincangkan isu2 biasa
2.Akal sakit-org yg sentiasa nampak kesilapan org lain
3.Akal kecil-org yg sibuk akan hal sendiri,family,semuanya tentang 'saya'
4.Akal besar-(hendaklah kita menjadi org yg berakal besar) iaitu org yg berfikir utk maslahah ammah,bkan diri sendiri tp utk umat Islam pada masa akan datang,yg dapat memberikan sumbangan besar kepada ummah
-Rahsia kejayaan=kesungguhan+ikhlas

Dapatkan Buku bertajuk 'Kuasa Iqra' hasil karangan Dr.Zulkifli Al-Bakri untuk info yang lebih bnyak..^^


-------------
Seminar Law of Universal Attraction 
(Amin Idris)
Dalam diri kita perlu ada Analogi,Energy,Sinergi
1.Analogi
-anngap semua ialah kawan,tiada musuh,mekipun dia ialah musuh kita
-semua org adlh unik,tgas kita untuk meneroka dan menghargainya
-semua org sukakan wujud,kewujudan dirasai dan diiktiraf
*biasakan ucap terima kasih
*biasakan minta maaf-org yg berani ialah org yang sedia memaafkan,org yg sgt 
berani ialah org yg meminta maaf walaupun bkan kesalahan dia
2.Energy
-15% dtg drpd jawatan
-35% dtg drpd ilmu pengetahuan
-50% dtg drpd PERSONALITI (mulakan drpd hati)
-perlu juga continuous learning & training
3.Sinergi(perluas empayar persahahabatan)
-ada 3 Prinsip Sinergi
1.memberi syaratnya menerima
2.Prihatin,bersangka baik,menyayangi
3.berlapang dada (salamatus sadri),sama rata (musawah),utamakan saudara 
(ithar)



-------


Seminar Law of Universal Attraction
(Zuhairi Nopiah a.k.a Ateh)
-Fikirlah perkara yang kita nak
-Lagi banyak perkara itu kita fikirkan,lagi kuat tarikan perkara tersebut ke arah kita
-ilmu itu bukanlah yang dikatakan oleh guru tp ilmu itu adalah apa yang kita fikirkan
-kita menarik perkara yang kita fokuskan so,kawal perkara yang kita fokuskan)
-terlalu fokus juga boleh menyebabkan kita lupa kebarangkalian2 yang berlaku di sekitar kita
-lihatlah org di sekeliling kita seperti emas di dalam lumpur..sangat bernilai..sbb setiap individu ada kesilapan yg dilakukan tp janganlah kita lihat keburukan dia tp tengoklah nilai diri dia yg sebenarnya
-kejayaan lebih mudah ditarik drpd dikejar
-what happened in you is more important than what happened to you
-apabila terfokus kpd perkara negatif..katakan cancel@na`uzubulla hi min zalik
-target kita perlu ditulis dan dilukis serta sering dilihat




Tuesday 31 July 2012

JelajahCuti#1 : Minggu Pengurusan Pelajar baru Kolej MARA Kulim 2012/2013

             Pada tanggal akhir bulan Mei 2012, saya telah terpilih menjadi fasilitator Minggu Pengurusan Pelajar Baru Kolej MARA Kulim sesi 2012/2013. Seminggu sebelum program, saya menyelidik dan meminta tunjuk ajar tentang tugas-tugas fasilitator daripada senior-senior Kolej MARA Kulim. Tiga hari sebelum program, saya ditugaskan untuk memberi informasi terbaru kepada bakal-bakal fasilitator PPKS UMK.


            Semasa dalam perjalanan ke sana, begitu banyak dugaan yang dihadapi seperti  brek kereta abah    tersekat, air-cond dan macam-macam. Dalam perjalanan beberapa belas meter lagi ke Kolej MARA Kulim, kereta abah telah terhenti di tepi jalan di sekitar Kulim. Mujurlah Mak Cik Zuraidah yang kebetulan nak hantar tempahan tudung customer made saya tolong ibu bapa saya dan menawarkan untuk menghantar saya ke Kolej MARA Kulim dan menghantar mama abah ke Kulim Inn. Alhamdulillah, akhirnya selamat sampai ke Kolej MARA Kulim  pada waktu lewat petang.



           Sampai di sana, saya menginap di bangunan bilik guru UNIKL yang berdekatan dengan Blok E. Kebetulan, ada beberapa fasilitator lain sudah sampai. Alhamdulillah, saya duduk bersama  fasi-fasi PPKS UMK yang lain seramai 7 orang di ruang bilik mesyuarat. Pukul 8.30 malam, bersedia pergi ke mesyuarat yang pertama bersama Cikgu Noriah selaku kaunselor Kolej MARA Kulim. Di sana, Cikgu Noriah memberi sedikit penerangan dan semangat kepada fasi-fasi yang hadir pada malam itu. Cikgu Noriah datang bersama anaknya yang comel. Cuitnya.



         Selepas habis mesyuarat, kami berlegar-legar di ruang koperasi dan study putra untuk membeli makanan dan minuman dan kemudian kembali ke penginapan. Keesokan, saya dan Ubaidillah menguruskan mesyuarat bersama-sama fasi-fasi di bilik 208 untuk membincangkan pembahagian tugas dan menjelaskan skop tugas masing-masing. Alhamdulillah, Abang Faizol bertindak selaku senior KMK memberikan nasihat dan teguran untuk memperbaiki cara mengendalikan mesyuarat. Saya menerima teguran yang diberikan secara hati yang terbuka. Saya hormati cara Abang Faizol memberi teguran dengan cara berjumpa/bercakap langsung secara personal. Saya lebih redha teguran dengan cara sebegitu berbanding teguran depan-depan secara terbuka. Saya, Ubaidillah dan Abang Faizol terus membincang untuk melakukan aktiviti ice-breaking untuk para fasilitator bagi memudahkan perjalanan kerja sementara fasilitator -fasilitator yang lain sedang membuat kerja menampal kertas-kertas majung di papan board dorm-dorm perempuan.



         Pada petang itu, kami telah membuat sedikit sesi ice-breaking. Saya agak gugup juga dalam menguruskan ice-breaking buat kali pertama jadi bidan terjun menguruskan aktiviti. Kami memulakan sesi ice breaking dengan membahagikan kumpulan, sesi taaruf bersama ahli kumpulan, sesi buat cheerleaders untuk kumpulan masing-masing dengan gaya yang tersendiri. Macam-macam aksi fasi-fasi KMK. Agak kelakar dan menarik jika diperhati dengan betul-betul. 









Seterusnya, sesi teka lagu.Kebanyakan lagu versi orang putih. Yaya yang paling menonjol dalam sesi meneka lagu. Sesi aktiviti ice-breaking setakat teka lagu. Walaupun sebenarnya banyak lagi idea-idea aktiviti yang dirancang, kami terus berehat disebabkan waktu yang singkat. Hari sudah nak lewat senja. Kami fasi-fasi makan di luar. Masing-masing dengan cerita masing-masing.






Hari seterusnya..akan bersambung kemudian...



Pada malam berikut, kami bermesyuarat secara lebih mendalam. Fasilitator-fasilitator dibahagikan mengikut PIC(Personal In Charge) masing-masing dalam erti kata mengikut biro-biro dan hari-hari PIC mereka. Biro masing-masing perlu berbincang pembahagian tugas dalam bidang tugas  masing-masing.  Selepas itu, kami membuat proses pengundian lagu tema Minggu Pengurusan Pelajar Baru. Banyak lagi yang disenaraikan seperti I want be, Sahabat Selamanya Upin- Ipin dan sebagainya. Akhirnya, Lagu Sahabat Selamanya Upin Ipin terpilih.




Hari seterusnya..akan bersambung kemudian...





Collection2share : Mencari tujuan hidup

Hidup adalah kesempatan, manfaatkanlah.

Hidup adalah keindahan, kagumilah.

Hidup adalah kebahagiaan, resapilah.

Hidup adalah mimpi, wujudkanlah.

Hidup adalah tentangan, hadapilah.

Hidup adalah tugas, selesaikanlah.

Hidup adalah permainan, nikmatilah.

Hidup adalah janji, penuhilah.

Hidup adalah kesedihan, atasilah.

Hidup adalah lagu, nyanyikanlah.

Hidup adalah perjuangan, terimalah.

Hidup adalah tragedi, hadapilah.

Hidup adalah petualangan, beranilah.

Hidup adalah keberuntungan, jadikanlah.

Hidup terlalu berharga, jangan menghancurkannya.

Hidup adalah hidup, berjuanglah.


RENUNGAN IMAN|| 

Firman Allah Subhanahu wata'ala :يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْتَنظُرْ نَفْسٌۭ مَّا قَدَّمَتْ لِغَدٍۢ ۖ وَٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ ۚ إِنَّ ٱللَّهَ خَبِيرٌۢ بِمَا تَعْمَلُونَ

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan. (QS Al-Hasyr/ 59: 18)


Sumber : Facebook Lot Kubur

Collection2share:Himpunan Ilmu Tajwid dari Facebook










Tuesday 17 July 2012

JelajahCuti#4 : Kem Sains dan Technology i-FIKR 2012

Review  i-FIKR 2012 



Day 1

  • Rasulullah s.a.w, para sahabat, tabii, tabien, ilmuwan Islam telah melaksankan tanggungjawab mereka dalam memartabatkan Islam. Sekarang giliran KITA pula!!!
  • Sains dan Islam seiring.
  • Sains adalah sebahagian daripada agama Islam. Lihatlah Nabi Nuh membina teknologi bahtera. Lihat circle of influence Para Nabi dan Rasul sebenarnya ahli-ahli sains dan teknologi.
  • Kembalilah kepada sumber ilmu yang sebenar iaitu Al-Quran dan Hadis.
  • Hidupkan kembali Sains Islam. 


Day 2

  • Al-Quran merupakan kitab mukjizat, bahasa, muzik, ilmu
  • Menjadikan Rasulullah s.a.w sebagai orang yang dikasihi
  • Kita akan bersama orang yang kita kasihi akhirat kelak
  • be positive (Slot Prof Muhaya)
  • Kehebatan Sultan Muhammad Al-Fateh
  • Jungle treakking - Heal of Climbing ( Move forward step by step) -pilih jalan, latih buat 'decision making' yang terbaik

Day 3 
  • Mujaddid(Memperbaharui) Sains dan Teknologi dengan Al-Quran dan Hadis -perlu bekerjasama dengan orang yang pakar dalam bidang agama. (Fiqh + Sains)
  • Jadikan ICT sebagai wasilah ke Jannatul Firdaus
  • 8 perkara yang berkaitan
  • Sains sebagai ibadah 24 jam- Ikhlaskan niat kerana-Nya
  • Sains sebagai wasilah ke syurga Allah

Day 4
  • Fiqh Sains & Teknologi
  • Masih banyak isu untuk dikupaskan ( Bending Mesin - wihout akad jual beli)
  • Usaha perlu diteruska 
  • Fiqh + Sains
  • Fiqh + Teknologi
  • Rahmatan Lil Alameen vs Fasada

Day 5
  • Love the Nature - Rasulullah peluk pohon pokok tamar yang menangis kerana ia tidak dekat macam dulu bila mimbar dibina.
  • Kisah sahabat Nabi tabur nasi di tepi busut even semut itu pun jiran mereka.Takut jiran lapar.
  • Be Mukmin  that close to Nature and learn from Nature
  • Tidak boleh buat sesuka hati nak patahkan pokok, hal ini semua akan disoal oleh Allah s.w.t kelak. Contoh, kalu ada orang ketuk kepala anak kita, macam tu jugak kita tanya kepada yang bersalah itu..Tidak boleh sesuka hati sahaja.
  • Mukmin yang baik, Mukmin yang kuat
  • Taqwa -Beriman kepada Allah dan Rasul, MENELAN kemarahan, memberi maaf, melakukan kebaikan
  • Dakwah ialah tanggungjawab yang WAJIB dipikul untuk menjadi KHAIRU UMMAH ( Sebaik-baik umat) dengan cara kreatif dan menggembirakan.
  • Dalam ISLAM , semuanya BOLEH tapi ada hadnya. 
  • Islam itu sesuatu yang menggembirakan bagi orang yang beriman
  • Sains dan teknologi merupakan kuasa di zaman ini. Oleh itu, jadikan belajar Sains untuk  menjadikan makin dekat kepada Allah. 
  • Contohnya, pada zaman Nabi Muhammad, syair Arab amat terkenal masa itu. Oleh itu, Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab yang bahasa amat tinggi lagi tinggi drpd syair.Saidina Umar masuk Islam apabila dia mendengar adiknya membaca Al-Quran kerana dia menyedari bahasa yang digunakan Al-Quran terbaik kerana dia merupakan ahli penyair. Hanya orang penyair tahu kemartabatan bahasa itu. Oleh itu, Al-Quran adalah mukjizat bahasa.
  • Kadang-kadang, kesenangan dan kemudahan menjadikan kita MANJA (Slot bersama Aiman Azlan dengan perbandingan bilangan masjid di luar negara dan Malaysia)
  • Mendahulukan akidah daripada syariat dalam berdakwah.
  • Amal Makruf dulu, baru nahi mungkar bukan nahi mungkar, amal makruf
  • Berdakwah dengan kasih sayang dan perbaiki cara pendekatan.
  • Dakwah Bil Hal- dengan akhlak yang baik. Praktikal serta usaha yang istiqamah.
  • Mengambil peluang daripada trend untuk mengajak manusia kepada Allah.
  • Muslimat menutup aurat bukan kerana bimbang lelaki terfitnah tetapi itu adalah apa yang Allah perintahkan.
  • Even kita dah tutup aurat dengan sempurna, itu semua bergantung kepada penjagaan hati seseorang itu.
  • Buatlah sesuatu kerana Allah bukan kerana manusia



Day 6 Lawatan Industri
  • Idea rekabentuk perlu dilindungi dengan IP ( MyIPO)
  • Alert dengan isu Intelek property
  • Seni Islam Malaysia di Yayasan Restu
  • Bila kita sedar tentang tanggungjawab kita, kita akan sendiri keluar jadi wakil untuk jadi pemimpin. Tak perlu tunggu orang vote kita atau apa2.
  • Sebaik-baik ummah- Amal Makruf, Nahi Mungkar
  • Kuasa ' Maha'siswa itu besar. Kenapa tidak gunakan sebaik-baiknya?
  • Power of Syabab- Ajak kembali kepada Allah dan Rasul.
  • Ingatlah tujuan hidup kita yang sebenar di muka bumi 
Sebagaimana Firman Allah SWT: “Dan tidak Aku menciptakan jin dan manusiamelainkan untuk mereka mengabdikan diri (kepadaKu).- Surah az-Zariyat: ayat 56

Sila rujuk nota Nilai Hidup menurut Islam di http://hasan98.tripod.com/nilai.htm




Sunday 1 July 2012

Perkongsian Tips Pengurusan Masa,Study Style Arifah Zin

Bismillahirahmanirrahim....

Assalamualaikum. dan Salam Sejahtera.

Atas permintaan Adik Nasuha Alliyia, di sini ana akan kongsikan pengurusan masa dan cara belajar ana di Kolej MARA Kulim sewaktu mengambil pengajian Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan. Memang tidak dapat dinafikan, kadang-kadang ana juga pangcit( istilah tayar pangcit) pada mula-mula. Alhamdulillah, di akhir sem, baru dpt adapt.


Start dengan pukul :

4.15 petang : Lepas habis kelas, pergi surau. Siapkan diri untuk solat Asar.Gi tandas dulu ke..
4.30 petang : Gi solat Asar berjemaah kat surau dan bacaan Al-Mathurat sesi petang.
5.00 petang : Study sekejap..Siapkan homework.
5.30 petang : Balik asrama, mandi, basuh baju (utk 2 hari)
6.45 petang : Turun makan di DS, bawa telekung, laptop, buku-buku yang nak study malam itu.
7.30 malam : Solat maghrib berjemaah
7.50 malam : Sesi tasmik bacaan Al-Quran secara bertajwid bersama sahabat/ Program Surau( Takzirah
                     pelajar/ Tayangan perdana/ Bacaan Yasin/ Kuliah Tajwid /Usrah)
8.30 malam : Solat isyak berjemaah
9.00 malam : Ulangkaji/ Persiapan kuiz sambil dengar lagu tema yang bisa menaikkan semangat
                    Ni lagu tema kak Ifah sewaktu ulangkaji..Better dengar lagu instrumental.


10.50 malam : Naik ke dorm
11.00 malam : Biasanya buat bacaan Al-Mulk secara berjemaah kat dorm masa sem 1.
11.30 malam : Gosok,sediakan baju utk esok.
12.00 malam : Tidur
4.00 pagi      :  Bangun study semula.
5.30 pagi      :  Mandi..Kalu rajin, prepare beg dan turun  ke surau untuk Solat Subuh berjemaah di surau.
6.00 pagi     :  Solat Subuh
6.15 pagi     : Al-Mathurat sesi pagi.Kalu dah ada kat surau, sambung study semula di surau.
7.00 pagi     : Pergi ke DS. Makan pagi
7.30 pagi     : Pergi ke kelas. Sambung study ke kelas
12.45 tghr   :  Makan di DS, Pergi surau lepas makan.
1.00 ptg      : Siapkan diri untuk solat Zohor.Pergi tandas dulu ke. Kalu sempat, solat zohor berjemaah.
1.50 ptg      : Gi ke kelas.
4.00 ptg      : Kuliah ptg habis.

Just nak kongsi daripada pembacaan buku Himpunan Hadis Modal Insan...

Kalau rasa berat amanah yang dipegang, selalu amalkan baca La Hau La Wala Kuata Ila Billah.
(Rasanya maksudnya ialah" Tidak dayaku melainkan kekuatan Allah s.w.t.".. Kalu salah, mohon, diperbetulkan )
Semoga Allah memudahkan urusan kita.

Selalu ingat

Jika kita tolong Agama Allah, insya-Allah Allah akan mempermudahkan urusan kita.


(p/s : Sedang berusaha untuk mencantikkan dengan makeup akhlak..Moga Allah bagi kekuatan.)



Gambaran Sesebuah Perkahwinan



Lihatlah perkahwinan ibarat membina masjid yakni solat jemaah. Hal ini kerana masjid memainkan peranan yang penting dalam pembentukan ummah. Fahamilah peranan masjid betul-betul. Masjid memainkan peranan sebagai tempat kelimuan dan tarbiyah (didikan) ibu bapa kepada anak-anak. Dalam solat berjemaah itu  sendiri mengajar kita agar:

  • Taat kepada ketua (imam)
  • Menepati masa (Solat di awal waktu)
  • Menutup aurat di luar solat sebagaimana di dalam solat.
  • Ada cara tersendiri dalam menegur ketua/ imam (Perempuan menepuk belakang tangan dan lelaki mengucap subhanallah)
  • Fokus dalam melakukan sesuatu (Khusyuk dalam solat)
  • Sebagainya
Cara kedudukan yang SALAH (kedudukan ini adalah seorang makmum lelaki bersama imam lelaki atau seorang makmum perempuan bersama imam perempuan)
lihat kedudukan yang betul di BAWAH

Cara kedudukan yang BETUL(Makmum perempuan ke kiri sikit di belakang iman)
sila rujuk Buku Indahnya Hidup Bersyariat



akan bersambung kemudian..Insya-Allah, andai ada kelapangan, akan diupdate semula

Thursday 28 June 2012

Kajian Bulan Kelahiran dengan Sikap


Suatu kajian mengenai bulan dan sikap anda yang telah dijalankan oleh Pakar Motivasi, Dr Fadzilah Kamsah. 


JANUARI

• Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik.

• Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik.

• Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan.

• Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur.

• Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam.

• Pandai mengambil hati orang lain.

• Pendiam kecuali telah dirangsang.

• Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi.

• Mudah mendisiplinkan diri sendiri.

• Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema.

• Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya.

• Cukup sayang pada kanak-kanak.

• Suka duduk di rumah.

• Setia pada segala-galanya.

• Perlu belajar kemahiran bersosial.

• Sifat cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI

• Berfikiran abstrak.

• Sukakan benda yang realiti dan abstrak.

• Bijak dan pintar

• Berpewatakan yang mudah berubah.

• Mudah menawan orang lain.

• Agak pendiam.

• Pemalu dan rendah diri.

• Jujur dan setia pada segalanya.

• Keras hati untuk mencapai matlamat.

• Tidak suka dikongkong.

• Mudah memberontak apabila dikongkong.

• Suka kegiatan yang lasak.

• Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.

• Mudah mempamerkan marahnya.

• Tidak suka benda yang remeh-temeh.

• Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.

• Sangat berani dan suka memberontak.

• Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.

• Pemerhatian yang tajam.

• Suka hiburan dan sukan.

• Suka benda yang bersifat seni.

• Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.

• Berkecenderungan pada benda yang tahyul.

• Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.

• Belajar untuk mempamerkan emosi

MAC

• Berpesonaliti menarik dan menawan.

• Mudah didampingi.

• Sangat pemalu dan pemendam rasa.

• Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati.

• Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran.

• Suka pada kedamaian.

• Sangat peka pada orang lain.

• Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain.

• Tidak cepat marah dan sangat amanah.

• Tahu membalas dan mengenang budi.

• Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam.

• Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal.

• Suka berangan-angan.

• Suka melancong.

• Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi.

• Kelam kabut dalam memilih pasangan.

• Suka dengan hiasan rumahtangga.

• Punya bakat seni dalalm bidang muzik.

• Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik.

• Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

APRIL

• Sangat aktif dan dinamik.

• Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal.

• Sangat menarik dan pandai menjaga diri.

• Punya daya mental yang sangat kuat.

• Suka diberi perhatian.

• Sangat diplomatik (pandai memujuk ).

• Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang.

• Sangat berani dan tiada perasaan takut.

• Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah.

• Emosi cepat terusik.

• Cuba kawal perasaan.

• Kecenderungan bersifat pendendam.

• Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan.

• Kuat daya ingatan.

• Gerak hati yang sangat kuat.

• Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain.

• Berpenyakit disekitar kepala dan dada.

• Sangat cemburu dan terlalu cemburu

MEI

• Keras hati & tegas.

• Kuat semangat & bermotivasi tinggi.

• Pemikiran yang tajam.

• Mudah marah apabila tidak dikawal.

• Pandai menarik hati & perhatian orang lain.

• Perasaan yang amat mendalam.

• Cantik dari segi mental & fizikal.

• Tidak perlu dimotivasikan.

• Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.

• Mudah dipujuk.

• Bersikap sistematik (otak kiri).

• Suka berangan.

• Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.

• Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.

• Daya khayalan yang tinggi.

• Permikiran yang tajam.

• Pandai berdebat.

• Fizikal yang baik.

• Kelemahan sistem pernafasan.

• Suka sastera, seni & muzik serta melancong.

• Tidak berapa suka duduk di rumah.

• Tidak boleh duduk diam.

• Tidak punya ramai anak.

• Rajin dan bersemangat tinggi.

• Agak boros

JUN

• Berfikiran jauh & berwawasan.

• Mudah ditawan kerana sikap baik.

• Berperangai lemah lembut.

• Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood.

• Idea yang terlalu banyak di kepala.

• Bersikap sensitif.

• Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir).

• Sukar melakukan sesuatu dengan segera.

• Bersikap suka menangguh-nangguh.

• Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik.

• Cepat marah & cepat sejuk.

• Suka bercakap & berdebat.

• Suka buat lawak & bergurau.

• Otaknya cerdas berangan-angan.

• Mudah berkawan & pandai berkawan.

• Seorang yang sangat tertib.

• Pandai mempamerkan sikap.

• Mudah kecil hati.

• Mudah kena selsema.

• Suka berkemas.

• Cepat rasa bosan.

• Sikap terlalu memilih & cerewet.

• Kurang mempamerkan perasaan.

• Lambat untuk sembuh apabila terluka hati.

• Suka pada barang yang berjenama.

• Mudah menjadi eksekutif.

• Kedegilan yang tidak terkawal.

• Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

JULAI

• Sangat suka didamping.

• Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki.

• Agak pendiam kecuali dirangsang.

• Ada harga dan maruah diri.

• Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan.

• Mudah dipujuk dan bercakap lurus.

• Sangat menjaga hati orang lain.

• Sangat peramah.

• Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya.

• Berjiwa sentimental.

• Jarang berdendam.

• Mudah memaafkan tapi sukar melupakan.

• Tidak suka benda remeh-temeh.

• Membimbing cara fizikal dan mental.

• Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang.

• Layanan yang serupa terhadap semua orang.

• Tinggi daya simpati.

• Pemerhatian yang tajam.

• Suka menilai orang lain melalui pemerhatian.

• Mudah dan rajin belajar.

• Suka muhasabah diri.

• Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama.

• Suka mendiamkan diri.

• Suka duduk di rumah.

• Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan.

• Tidak agresif kecuali terpaksa.

• Lemah dari segi kesihatan perut.

• Mudah gemuk kalau tak kawal diet.

• Minta disayangi.

• Mudah terluka hati tapi lambat pulih.

• Terlalu mengambil berat.

• Rajin dalam membuat kerja

OGOS

• Suka berlawak.

• Mudah tertawan padanya.

• Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain.

• Berani dan tidak tahu takut.

• Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan.

• Pandai memujuk orang lain.

• Terlalu pemurah & bersikap ego.

• Nilai harga diri yang sangat tinggi.

• Dahagakan pujian.

• Semangat juang yang luar biasa.

• Cepat marah & mudah mengamuk.

• Mudah marah apabila cakapnya dilawan.

• Sangat cemburu.

• Daya pemerhatian yang tajam & teliti.

• Cepat berfikir.

• Fikiran yang berdikari.

• Suka memimpin & dipimpin.

• Sifat suka berangan.

• Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat.

• Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk.

• Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit.

• Belajar untuk bertenang.

• Sikap kelam kabut.

• Romantik, pengasih dan penyayang.

• Suka mencari kawan

SEPTEMBER

• Sangat bersopan santun & bertolak ansur.

• Sangat cermat, teliti & teratur.

• Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik.

• Pendiam tapi pandai bercakap.

• Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati.

• Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur.

• Kerja yang dilakukan sangat sempurna.

• Sangat sensitif yang tidak diketahui.

• Seorang yang banyak berfikir.

• Daya pentaakulan yang baik.

• Otak bijak & mudah belajar.

• Suka mencari maklumat.

• Kawal diri dari terlalu mengkritik.

• Pandai mendorong diri sendiri.

• Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia.

• Suka sukan, hiburan & melancong.

• Kurang menunjukkan perasaannya.

• Terluka hatinya sangat lama disimpan.

• Terlalu memilih pasangan.

• Sukakan benda yang luas.

• Bersistematik

OKTOBER

• Suka berbual.

• Suka orang yang sayang padanya.

• Suka ambil jln tengah.

• Sangat menawan & sopan santun.

• Kecantikan luar & dalam.

• Tidak pandai berbohong & berpura-pura.

• Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan.

• Sentiasa berkawan.

• Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.

• Cepat marah.

• Macam pentingkan diri sendiri.

• Tidak menolong orang kecuali diminta.

• Suka melihat dari perspektifnya sendiri.

• Tidak suka terima pandangan orang lain.

• Emosi yang mudah terusik.

• Suka berangan & pandai bercakap.

• Emosi yang kelam kabut.

• Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).

• Suka melancong, bidang sastera & seni.

• Pengasih, penyayang & lemah lembut.

• Romantik dalam percintaan.

• Mudah terusik hati & cemburu.

• Ambil berat tentang orang lain.

• Suka kegiatan luar.

• Seorang yang adil.

• Boros & mudah dipengaruhi persekitaran.

• Mudah patah semangat

NOVEMBER

• Banyak idea dalam perkara.

• Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya.

• Berfikiran kehadapan.

• Berfikiran unik dan bijak.

• Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa.

• Pemikiran yang tajam.

• Daya firasat yang sangat halus dan tinggi.

• Sesuai jadi seorang doktor.

• Cermat dan teliti.

• Personaliti yang dinamik.

• Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia.

• Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra.

• Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran.

• Terlalu degil dan keras hati.

• Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya.

• Tak suka marah kecuali digugat.

• Mudah ambil berat terhadap orang lain.

• Pandai muhasabah diri.

• Cara berfikir yang lain dari orang lain.

• Otak yang sangat tajam.

• Pandai mendorong diri sendiri.

• Tidak hargai pujian.

• Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu.

• Cuba sampai berjaya.

• Badan yang sasa.

• Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik.

• Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang.

• Suka duduk d irumah.

• Sangat rajin dan berkemampuan tinggi.

• Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia.

• Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi.

• Bercita-cita tinggi.

• Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

DISEMBER

• Sangat setia dan pemurah.

• Bersifat patriotik.

• Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan.

• Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.

• Bercita-cita tinggi.

• Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi.

• Seronok bila didampingi.

• Suka bercampur dengan orang.

• Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.

• Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.

• Tidak pandai berpura-pura.

• Cepat marah.

• Perangai yang mudah berubah-ubah.

• Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi.

• Benci pada kongkongan.

• Suka berlawak.

• Pandai buat lawak dan berfikiran logik

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...