Biodata




Biodata

Full name :Arifah binti Mohd Zin
Date of Birth: 6 Januari 1992
Place of Birth: Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Family: The youngest sister of three siblings ( 1 male and 2 females)



Education Background

1999-2004: SK Seri Budiman 2
2005-2009; SMK Sultan Sulaiman 
2010-2011 : CFS IIUM, Petaling Jaya ( Foundation of Engineering)
2011-2012 :Kolej MARA Kulim(Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelatan)

2012- Present : Universiti  Malaysia Kelantan ( Bachelor of Veterinary Medicine)

Insyallah, she will graduate in  September 2016.




Salam Perkenalan.


  Nama yang dikurniakan Allah ialah Arifah binti Mohd Zin. Arifah dilahirkan ke bumi pada 6 Januari 1992 di Hospital Besar Kuala Terengganu. Arifah sering tinggal bersama keluarga angkat Arifah iaitu Mak Cik Nik dan arwah Pak Cik Harun sejak kecil apabila ibu bapa sibuk mencari rezeki. Selepas itu, Arifah menuntut ilmu di Sekolah Rendah Seri Budiman 2.Kemudian, Arifah menyambung pelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman.

                Selepas menduduki peperiksaan SPM, Arifah meneruskan pembelajaran di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya ( CFS IIUM) dalam bidang kejuruteraan. Pada mula-mula, Arifah bersemangat mulakan pembelajaran dengan cita-cita dalam bidang Nanotechnology. Namun begitu, semangat saya tidak kekal lama kerana Arifah merasa dirimya masih belum dapat mengenali dan memahami diri sendiri secara mendalam. Selepas itu, Arifah berusaha mencari  kembali cita-cita saya asal yang sebenar. Cita-cita saya yang asal sebelum SPM ialah menjadi Doktor Haiwan. Pada semester 2, saya memaksa diri untuk pergi ke kuliah seperti biasa bagai  mengikut alunan ombak walaupun semangat dah jatuh mendadak. Arifah mula sakit gastrik pada semestar 2. Kemudian, Arifah mula mencari arah untuk menggapai kembali cita-cita asal. Alhamdulillah, ada program baru yang menerangi kembali harapan Arifah yang hampir malap iaitu PROGRAM PERSEDIAAN KEUSAHAWANAN SAINS.Program ini merupakan kerjasama antara pihak Universiti Malaysia Kelantan dengan pihak MARA.

              Selepas setahun di Pusat Asasi UIAM, Arifah telah bertukar tempat belajar ke Kolej MARA Kulim untuk menyambung pelajaran dalam Program Persediaan Keusahawanan Sains Universiti Malaysia Kelantan. Setahun berada di Kolej MARA Kulim, Arifah telah mencuba untuk menggilap bakat kepimpinan dengan melibatkan diri dalam Majlis Perwakilan Pelajar Kolej MARA Kulim, Kelab Islamic Centre Society dan Program Siswa Niaga. Setelah menunggu keputusan peperiksaan PPKS UMK, alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi, Arifah dapat melanjutkan ke Universiti Malaysia Kelantan dalam bidang yang diidam-idamkan iakitu bidang perubatan veterinar. Arifah mula melakar pelangi impian untuk mencapai masa depan yang penuh warna-warni kehidupan.

            Pada cuti semestar sebelum memasuki UMK, Arifah mula memikirkan cara untuk mengaplikasikan semula ilmu-ilmu yang saya telah pelajari sepanjang hidup ini terutama Seminar Marketing Power,Bengkel Inovasi MEGA dan Bengkel Penulisan Novel Tarbiah.Selepas berfikir, Arifah mula ke pejabat Galeri Ilmu untuk tujuan tersebut. Selain bercita-cita menjadi penulis, Arifah juga mempunyai impian untuk pelukis komik tarbiah, motivator, dan saintis haiwan. Masa lapang yang ada seringkali dipenuhi dengan pembacaan buku-buku motivasi, penjanaan idea (thinking zone), dan melukis. Doakan semoga Arifah berjaya melaksanakan cita-cita yang terbuku di hati. Ini sebenarnya adalah salah satu jawapan untuk soalan " Apakah sumbanganmu kepada agamamu?". Usia muda adalah masa emas untuk setiap manusia. Gunakannya sebaik mungkin. Apa yang penting adalah kualiti hidup,bukannya kuantiti hidup.

       

1 comment:

  1. tau x beza FiST kt kolej mara kulim ngan matrik d kolej tersebut?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...