Thursday 10 November 2011

Alhamdulillah, got 3.56.. It is a test from Allah

         Alhamdulillah, syukur sangat-sangat dapat 3.56 untuk Semester 1 PPKS UMK
Semestar 1 agak padat dengan 7 subjek yang kesemuanya masuk pointer..



Antara subjek yang dipelajari :
  • Physics 1
  • Chemistry 1
  • Biology 1
  • Mathematics 1
  • Pengurusan( subjek keusahawanan)
  • Bahasa Arab
  • English
Pada awalnya, ifah fikir agak sukar nak skor pointer 3.50 ke atas kerana kesemuanya masuk pointer..
Kalau kat  CFS UIA, Bahasa Arab dan English tidak masuk pointer dan syarat lulus sahaja...Masa kat UIA dulu, boleh la dapat 3.18 walaupun main-main belajar Asasi Kejuruteraan.Ini mungkin kerana subjek Bahasa Arab dan English tidak masuk pointer..Result Bahasa Arab masa UIA teruk sangat ..just setakat lulus sahaja.Maklumlah orang tidak pernah belajar bahasa Arab masa sekolah dulu..

Bila keadaan macam ini, ifah merasakan UMK bagi penekanan kepada kesemua subjek yang dipelajari. Ini kerana UMK ingin melahirkan pelajar yang mempunyai ciri-ciri keusahawanan yang mana perlu menguasai pelbagai bahasa termasuk bahasa asing bagi memudahkan urusan perniagaan.Ifah rasa lebih baik keadaan macam ini kerana sekurang-kurang saya bagi tumpuan sama rata kepada semua subjek...Adil kan? Nanti ada subjek yang merajuk pulak kan? hihi..

Buat masa ini,UMK hanya tawarkan subjek Bahasa Arab sebagai bahasa asing untuk Program Persediaan Keusahawanan Sains UMK first batch. Maklumlah kami juga boleh dikatakan jadi bahan experiment dalam proses menguji keberkesanan program PPKS UMK yang sulung ini.

Berbalik kepada pointer tadi,3.56 itu adalah satu ujian kepada diri saya sendiri kerna menguji saya sama ada saya masih mampu meneruskan prestasi sedemikian untuk Semester 2 dan  3.Ifah takut-takut kalau result Semester 2 di UIA PJ terjadi lagi di Semester 2 PPKS UMK.Mungkin waktu tu saya dah down dan hilang minat kat course Kejuruteraan dan mahu kembali kepada cita-cita asal..Ya Allah, berikan daku kekuatan untuk meneruskan perjuangan di sini dan peringatkan daku ketika daku leka. Permudahkan urusanku dan perbaiki diriku ini.  Moga-moga Semester yang akan datang , bisa dapat 4.00 pulak..Inshallah

Teringat pulak kat ayat Al-Quran yang berbunyi:

Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka 
mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri
Surah Ar-Ra’d (ayat 11)

Sekian, wassalam.Jumpa lagi di lain ruangan.





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...