Wednesday 16 January 2013

Indahnya Solat Berjemaah Bersama

Ariani baru sampai ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Gombak. Dia pergi ke sana untuk menguruskan program debat bertajuk "  Interschool Debate Competition" semasa menunggu masuk ke universiti di peringkat ijazah. Dia menginap sementara di bilik di mana sahabatnya tinggal. Ariani disambut dengan penuh mesra oleh sahabatnya, Mahfuzah. Mahfuzah merupakan pelajar jurusan Psychology di UIAM,Gombak. Ariani mengenali Mahfuzah sewaktu dia sedang menuntut ilmu di Pusat Asasi UIAM, Petaling Jaya.

Setelah beberapa minit sampai di bilik, Ariani terus meluru masuk ke tandas berdekatan untuk membersihkan diri. Sewaktu Ariani berada di bilik air, tertiba-tiba Mahfuzah datang dan mengetuk pintu bilik air yang Ariani masuk tadi.

Mahfuzah : Ariani, nanti kita solat asar berjemaah sama-sama ye.
Ariani : Insyallah...saya mandi dulu ye.

Sesudah mandi, Ariani melihat Mahfuzah sudah bersiap-siap dengan pakaian solat.
Ariani segera ke ruang bilik dan menyiapkan diri untuk berjemaah bersama.

Mahfuzah : Ariani, tolong iqamat ye.
Ariani     :  ok..

Ariani terus melaung iqamat sewaktu hendal memulakan solat asar secara berjemaah.
Sejurus lepas itu, Mahfuzah mengangkat takbir dan mengimamkan solat asar pada petang tersebut.
Mereka akhirnya selesai solat dan saling bersalaman sama-sama selepas doa dibaca.

Untuk solat yang seterusnya, mereka bergilir-gilir menjadi imam. Ariani yang tidak bisa menjadi imam akhirnya dilatih dan diberi peluang oleh sahabatnya,Mahfuzah untuk menjadi imam.

Mahfuzah : Ariani, jadi imam ye.
Ariani      : Ariani tidak biasa jadi imam...jarang-jarang jadi imam
Mahfuzah : Tak pe..cuba..bergilir-gilir..latih sama-sama jadi imam...
Ariani      : Baiklah...

Ariani rasa sangat bersyukur kerana mempunyai sahabat sepertinya. Sahabat yang membawanya kembali dekat dengan solat berjemaah. Indahnya, solat berjemaah sama-sama.

kredit to : Fb Apa Khabar Iman?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...