Nama Tempatan:Jarum tujuh bilah
Nama Saintifik:Pereskia grandifolia @ Rose Cactus
Nama Lain:Bintang tujuh, Pokok kanser, Chat sim Chan
Famili:cactaceae
Abstract
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia, secara umum dikenali sebagai ‘Jarum Tujuh Bilah’ di Malaysia dari keluarga botani Cactaceae. Pereskia bleo amat mudah dikeliru dengan Pereskia grandifolia kerana persamaan bentuk. Walau bagaimanapun ia dapat dibezakan pada daun, bunga dan batangnya. Pereskia bleo mempunyai daun yang nipis, berombak dan bunganya merah keorenan dengan batang yang lebeh pendek dibandingkan dengan Pereskia grandifolia. Sebaleknya, Pereskia grandifolia mempunyai daun yang tebal tidak berombak dan bunga yang berwarna merah-jambu ke warna keunguan dengan batang yang panjang dan tidak tebal.
JARUM tujuh bilah dikategorikan sebagai tanaman herba yang turut diminati orang ramai untuk ditanam sebagai perhiasan di dalam pasu. Kedua duanya, Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia telah digunakan sebagai rawatan semulajadi dalam rawatan penyakit kanser, sama ada dimakan secara mentah @ ulam atau diambil secara rebusan dari tumbuhan segar, kedua duanya dipercayai mempunyai nilai perubatan kanser seperti, anti-ketumbuhan (tumor), anti-sengal otot (rheumatic), anti-ulcer, dan anti-inflammatory. Ia juga digunakan dalam ubatan melegakan sakit kepala, sakit perut (gastric pain), ulcers, bawasir (hemorrhoids), penyakit kulit (atopic dermatitis),dan kesegaran badan (revitalizing the body).Di Panama, orang tempatan menggunakan seluruh tumbuhan Pereskia bleo untuk merawat masalah usus (gastrointestinal problems), sementara di India, Pereskia grandifolia digunakan sebagai ubat sakit pembengkakan.
PEKENALAN
Bertepatan dengan pertambahan penggemar penggambilan tumbuhan herbal sebagai rawatan alternative, maka adalah amat perlu menjalankan satu penyelidikan bagi meyokong nilai perubatan terkandung dalam tumbuhan herbal disamping memastikan tumbuhan itu selamat untuk penggambilan manusia.
Keputusan adalah bertetapan dengan kajian in vitro dimana pati ekstrak Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak menunjukkan cytotoxicity keatas sel normal MRC-5. Berdasarkan kepada keputusan kajian acute toxicity keatas tikus makmal kedua dua pati Pereskia sp. Diterima sebagi selamat untuk kegunaan kesihatan manusia
Pereskia bleo dan Pereskia grandifolia tidak mempunyai kesan sampingan (acute oral toxicity), Ujian makmal keracunan telah dilakukan keatas haiwan ujikaji dimana, jumlah sukatan tinggi (A single, high dose) telah diberikan kepada haiwan ujikaji dan diperhatikan sama ada ia mendatangkan kemudharatan atau membunuh haiwan tersebut dalam jangka waktu 14 hari, tapi tiada kematian dicatit sama ada disebabkan kematian semulajadi maupun disebabkan dari ujikaji. Kajian ini penting bagi mentukan tahap keselamatan ubat ini keatas kesihatan.
Daripada kajian makmal yang dilakukan oleh pihak Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), daun jarum tujuh bilah menunjukkan jumlah aktiviti antioksidan (total antioksidan activity) yang tinggi. Walaupun nilai jumlah aktiviti antioksidannya tidak setinggi vitamin C (asid askorbik) dan vitamin E (alfa-tokoferol), tetapi nilainya masih dianggap tinggi dan sesuai untuk dimakan sebagai ulam bagi meningkatkan paras aktiviti antioksidan di dalam tubuh seseorang. Daun jarum tujuh bilah ini juga mengandungi sebatian fenolik yang sederhana tinggi. Sebatian fenolik memang telah diketahui menunjukkan aktiviti antioksidan di samping menghapuskan radikal bebas.
Bagi membuktikan sama ada jarum tujuh bilah mampu untuk mengubati atau mencegah barah, kajian praklinikal telah dijalankan untuk menilai keberkesanan ekstrak daun jarum tujuh bilah secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan). Bagi kajian kultur tisu, ekstrak daun jarum tujuh bilah bertindak secara efektif untuk merencatkan pertumbuhan sel kanser buah dada dan juga sel kanser ovari.
Bagi kajian haiwan pula, ekstrak daun jarum tujuh bilah pada kepekatan 10% (100g daun jarum tujuh bilah dikisar dengan 1,000ml air) telah diuji keberkesanannya terhadap tikus yang diaruh kanser hati. Keputusannya menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati dengan menurunkan paras enzim penanda kanser. Walau bagaimanapun, penurunan paras enzim penanda kanser tidak sampai ke paras normal yang menunjukkan bahawa ekstrak daun jarum tujuh bilah hanya mampu untuk mengurangkan keterukan kanser hati, tetapi bukannya mengubati kanser hati secara keseluruhan.
Kajian secara in vitro (kultur tisu) dan juga secara in vivo (kajian haiwan) menunjukkan bahawa daun jarum tujuh bilah tidak menunjukkan kesan toksik atau kesan sampingan yang buruk kepada sel yang normal atau tikus yang normal.
Kesimpulannya, daun jarum tujuh bilah mempunyai kesan untuk melawan atau mengubati barah, tetapi kajian lanjut masih amat diperlukan untuk menilai keberkesanannya terhadap pesakit barah atau kanser. Tiada kesan toksik dilaporkan pada sel yang normal atau tikus yang normal yang menunjukkan ia selamat untuk dimakan dalam kuantiti yang sederhana. Diharap dengan penemuan kajian ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak dan mempromosikan pemakanan ulam-ulaman tempatan bukan sahaja di Malaysia, malahan di seluruh dunia. - Profesor Madya Dr. Asmah Rahmat, (UPM).
Phytochemical
Kajian kimia keatas daun Cacatceae (komponan Cytotoksik Pereskia bleo) tidak banyak dijalankan dibanding dengan spisis pereskia yang lain. Hanya tiga (3)lapuran kajian phytochemical dan biological dilapurkan berkenaan tanaman ini. Kajian terawal berkenaan phytochemical oleh Doetsch etal yang melapurkan pengasingan Empat (4) alkaloids, dikenali sebagai 3,4-dimethoxy-β-phenethylamine, mescaline, 3-methoxytyramine and tyramine.
Rumusan
Secara tradisionalnya, untuk mendapatkan khasiat dari jarum tujuh bilah ini, daunnya yang matang dipetik (satu atau dua helai daun) dan dimakan sebagai ulam bersama-sama dengan nasi atau makan secara mentah, daunnya terasa rangup. Daun jarum tujuh bilah ini mengandungi lendir, tetapi lendir ini tidak pahit. Jika diamalkan daun ini secara berterusan, ia mungkin boleh melindungi badan daripada pelbagai jenis barah.
Kegunaan dan Rawatan.
1. Merawat kanser terutama kanser kolon/usus besar, kanser hidung dan kanser yang lain.
2. Sakit Buah pinggang.
Tiga Cara Rawatan:
1. Masukkan 2 helai daun ke dalam air panas, dijadikan teh dan diminum.
2. Daunnya dimakan sebagai ulam 1-3 helai setiap hari.
3. Kisar daun menjadi lumat, dijadikan jus dan diminum.
Peringatan:
a) Amalan perubatan ini amat popular di kalangan masyarakat Cina. Pengambilan sebarang jenis teh dilarang kerana ia dapat menghapuskan khasiat daun di dalam badan. Jadi yang sedang mengambil atau makan daun herba ini, cuba elak minum teh apa jenama pun. Kopi o tak mengapa. Ia dikatakan dapat mengubat darah tinggi dan kencing manis.
b) Adalah amat amat digalakkan memakan Asparagus @ meminum jus perahan Aspargus apa bila kita memakan atau menggambil ubat pembunuhan sel kanser.
Spesis Pokok Jarum Tujuh Bilah
1) Pereskia aculeata - Barbados gooseberry
2) Pereskia aculeata var. rotundifolia
3) Pereskia aureiflora
4) Pereskia bahiensis
5) Pereskia bleo
6) Pereskia colombiana
7) Pereskia corrugata
8) Pereskia cubensis
9) Pereskia diaz-romeroana
10) Pereskia godseffiana
11) Pereskia grandifolia
12) Pereskia grandifolia var. violacea
13) Pereskia guamacho
14) Pereskia horrida
15) Pereskia humboldtii
16) Pereskia humboldtii var. rauhii (syn. P. horrida)
17) Pereskia lychnidiflora
18) Pereskia marcanoi
19) Pereskia nemorosa
20) Pereskia philippi
21) Pereskia portulacifolia
22) Pereskia quisqueyana
23) Pereskia sacharosa
24) Pereskia stenantha
25) Pereskia subulata
26) Pereskia vargasii
27) Pereskia vaugasii var. longispina
28) Pereskia weberiana
29) Pereskia zehntneri
30) Pereskia ziniiflora
31) Pereskia zinniaefolia
No comments:
Post a Comment