Sunday, 11 September 2011

Teknik Mengingat Lebih Lama


 Assalamualaikum. Alhamdulillah, sempena cuti sem 1 ini, saya cuba memuhasabah diri dan mencari teknik belajar di universiti. Saya pecahkan dahulu tajuk kepada teknik mengingat yang betul.Di sini, saya mentransformasikan formula teknik mengingat kepada

Pian- Pilih

Minat- Minat

Tok- Tumpu

Fahimah- Faham

Ulong-Ulang

Rezeki-Related

Tubik- Tubi latihan

Minat.(M)
Ahli-ahli psikologi bersetuju bahawa minat memainkan peranan penting dalam pelajaran. Seseorang pelajar mestilah mempunyai minat yang tinggi untuk mempelajari sesuatu. Ia tidak akan dapat mengingati perkara yang dipelajari sekiranya ia tidak berminat dalam perkara tersebut. Oleh yang demikian anda mestilah cuba meninggalkan minat terhadap perkara yang sedang anda pelajari.

Pilihan (P)
Amatlah mustahil bagi seseorang untuk mengingati secara perinci akan semua isi-isi penting dalam satu tajuk yang telah dipelajarinya. Oleh yang demikian, ia perlu memilih isi-isi penting sahaja. Isi-isi kecil tidak perlu dibimbangkan. Cara ini lebih mudah untuk mengingati isi-isi tersebut. Misalnya semasa mengambil nota-nota kuliah , janganlah anda cuba mencatatkan setiap perkataan yang diucapkan oleh pensyarah.

Tumpuan fikiran(T)
Anda perlu memberikan tumpuan fikiran yang sepenuh terhadap perkara yang dibaca atau yang dikuliahkan. Tanpa tumpuan fikiran sepenuhnya , anda tidak mungkin dapat mengingati idea-idea penting.

Pemahaman (F)
Anda mesti terlebih dahulu memahami idea atau konsep perkara yang dipelajari. Fahaman yang mendalam terhadap perkara tersebut perlu diperolehi terlebih dahulu. Jikalau tidak mustahil anda dapat mengingati isi-isi penting dalam perkara-perkara yang dipelajari.
Ulangan(U)
Tidak ada prinsip yang lebih penting untuk mengingati sesuatu melainkan melalui ulangan. Anda mesti mengulang-ulang sesuatu yang ingin diingati . Ulangan ini boleh dilakukan melalui bacaan, percakapan , perbincangan atau penulisan.

Assosiasi -relate (R)
Kita dapat mengingati sesuatu dengan mudah sekiranya dapat mengaitkan perkara tersebut dengan perkara atau idea yang ada kaitan dengannya. Misalnya , cuba fikirkan latarbelakang, kejadian nya atau perkara yang anda hendak ingati itu. Cara assosiasi ini dapat membantu ingatan anda.

Tubi Belajar ( Overlearning) (T)
Dalam proses pembelajaran, terdapat peringkat-peringakat tertentu. Peringkat pertama ialah mendengar atau mengetahui perkara tersebut buat pertama kali.
Peringkat kedua dapat memahaminya, peringkat ketiga dapat menggunakannya dan peringkat terakhir mencipta yang baru, berdasarkan pengetahuan atau pengalaman yang baru didapati.
Proses ingatan juga hampir sama. Anda hendaklah membaca dan membaca beberapa kali, mengulang dan mengulangi lagi sehingga perkara tersebut benar-benar terlekat dalam ingatan anda. Ini suatu cara mengekalkannya dalam ingatan dengan lebih lama.

diadaptasikan dari sumber http://smummp.tripod.com/bc2.html

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...